Pemilik Kilang Haram Terkejut Diserbu Penguatkuasa - Semasa | mStar

Pemilik Kilang Haram Terkejut Diserbu Penguatkuasa

Keadaan kilang yang menjalankan perniagaan meleraikan komponen kenderaan yang mengganggu ketenteraman penduduk setempat.

JALAN KAPAR: Seorang pemilik sebuah kilang haram di sini terkejut apabila premisnya diserbu pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata serbuan dilakukan selepas premis tersebut menimbulkan gangguan bunyi bising kepada penduduk setempat terutama kawasan perumahan berhampiran.

"Serbuan ke atas kilang yang menjalankan perniagaan melerai komponen kenderaan itu diketuai Yang Di Pertua, Datuk Mohamad Yasid Bidin sendiri bersama beberapa pengarah dan pegawai Majlis," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan notis peringatan kepada pemilik premis itu supaya menghentikan operasi dalam tempoh tujuh hari.

Yasid (kanan) bersama Pegawai Perancang Bandar Dan Desa,Yusri Mustafa (tengah) dan Pengarah Jabatan Pelesenan,Azhar Samsudin meneliti dokumen berkaitan premis tersebut. 

Katanya, jika pemilik premis itu gagal berbuat demikian, MPK melalui Jabatan Perancang Bandar akan mengeluarkan notis kaedah iaitu menghentikan operasi kerana melakukan pemajuan tanpa kebenaran merancang.

"Selain daripada itu,kegagalan pemilik kilang mematuhi arahan juga akan menyebabkan mereka berdepan tindakan pendakwaan ke mahkamah atau tindakan perobohan akan dilakukan," katanya.

Norfiza berkata premis berkenaan juga dikenakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3,Pelesenan,Trade dan Perindustrian kerana tidak mempunyai lesen.


Yasid (kiri), Yusri dan Norfiza mengadakan perbincangan semasa mengadakan tinjauan di sekitar kilang.

"Notis memberhentikan perniagaan juga diberikan kepada pemilik premis dimana mereka  perlu menghentikan operasi sehingga Tahun Baru Cina tidak lama lag," katanya. 

Jelas beliau lagi, pemilik premis juga diberikan notis memulihkan tanah kepada keadaan asal mengikut kaedah dibawah Akta Perancang Bandar.

"Kilang berkenaan juga sentiasa dalam pemantauan Majlis bagi memastikan semua syarat dan peraturan yang dikenakan dipatuhi sehingga tempoh yang ditetapkan (memberhentikan operasi minggu depan)," katanya.

Tegas beliau, MPK tidak akan berkompromi dalam hal yang berkaitan ketenteraman awam terutama melibatkan premis yang tidak berlesen dan mendirikan struktur secara haram di kawasan ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain