suria

PRU-14: PKR Harap Parti Pembangkang Kekal Prinsip 'Satu Lawan Satu'

Mohamed Azmin Ali.

KOTA BARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengharapkan parti politik pembangkang mengekalkan prinsip 'satu lawan satu' dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) akan datang, biarpun PAS kini enggan bekerjasama dengan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata parti politik pembangkang perlu mengikat persefahaman atas dasar bersama untuk mengekalkan  prinsip berkenaan.

"Kalau kita boleh mengikat persefahaman ini atas dasar bersama ... saya percaya kita akan beri kesan yang cukup positif dalam pilihan raya umum akan datang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup PKR Kelantan di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas adakah PKR akan membantu Amanah, sebuah parti serpihan PAS untuk bertanding di Kelantan pada PRU-14 akan datang.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata kerjasama terjalin antara PKR dan Amanah perlu dihormati PAS walaupun PAS menolak untuk berada dalam Pakatan Harapan yang turut disertai DAP.

PAS, yang dahulunya sekutu PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, telah keluar daripada pakatan itu ekoran pergeseran politik. - BERNAMA

PKR, pembangkang, PRU-14

Artikel Lain