suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dewan Negara Bahas Penyertaan Malaysia Dalam TPPA

KUALA LUMPUR: Dewan Negara pada Khamis mengadakan mesyuarat khas sehari untuk membahaskan usul penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Usul dibentangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Ia kemudian dibahaskan anggota Dewan Negara sebelum sesi penggulungan oleh  kementerian-kementerian berkaitan petang Khamis.

Dewan Rakyat dalam mesyuarat khas dua hari berakhir pada Rabu telah meluluskan usul menyokong penyertaan Malaysia dalam perjanjian perdagangan terbesar di dunia itu.

Jika usul berkenaan diluluskan Dewan Negara, Malaysia dijangka menandatangani perjanjian itu pada 4 Februari di New Zealand.

Selain Malaysia, 11 negara lain yang menamatkan rundingan TPPA pada 5 Okt lepas ialah Brunei, Singapura, Vietnam, Jepun, Kanada, New Zealand, Australia, Amerika Syarikat, Peru, Chile dan Mexico. - BERNAMA

Dewan Negara, TPPA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mukhriz Wira Meera Alynna

Artikel Lain