suria

Penubuhan Maahad Tahfiz Antara Agenda Utama Kerajaan Kedah - Mukhriz

Mukhriz Mahathir.

PADANG TERAP: Kerajaan negeri Kedah akan memberikan keutamaan terhadap penubuhan maahad-maahad tahfiz di negeri ini bagi membugarkan pembudayaan menghafaz kitab suci al-Quran.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata kini banyak sekolah-sekolah agama terutamanya maahad tahfiz di negeri ini telah dibina dan akan dibina bagi tujuan itu.

"Antara agenda yang menjadi keutamaan Kerajaan Negeri ialah penubuhan maahad-maahad tahfiz di negeri ini, seperti Maahad Tahfiz Sains Darul Aman di Kulim.

"Pihak kerajaan akan sentiasa membantu sekolah-sekolah ini dengan pelbagai bantuan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Majlis Agama Islam Kedah, Yayasan Islam Negeri Kedah dan lain-lain lagi," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Jalan Empangan Pedu di sini, malam Rabu.

Mukhriz berkata pengajian yang menggabungkan disiplin ilmu akademik, Arab dan hafazan al-Quran dalam peringkat pengajian menengah adalah merupakan satu bentuk pembaharuan dalam arena pendidikan di negeri ini.

Katanya diharapkan melalui penubuhan maahad tahfiz itu, prospek hufaz setiap pelajar akan digilap kebolehan diri, diserlahkan potensi melalui panduan wahyu Illahi, diterapkan pengetahuan ilmu saintifik, agar apabila mereka tamat pengajian mampu menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Mukhriz Wira Meera Alynna

Artikel Berikut

Artikel Lain