Dua Restoran Terima Notis Tunjuk Sebab, Kenakan Caj Melampau Milo Ais, Air Kosong - Semasa | mStar

Dua Restoran Terima Notis Tunjuk Sebab, Kenakan Caj Melampau Milo Ais, Air Kosong

Gambar hiasan.

SHAH ALAM: Dua restoran di sebuah pasar raya besar di sini menerima notis tunjuk sebab kerana mengenakan caj melampau terhadap minuman milo ais dan air kosong.

Sebuah kopitiam dan restoran nasi ayam diberi tempoh seminggu untuk memberi alasan berhubung tindakan masing-masing mengenakan caj sebanyak RM5.90 dan RM6.70 terhadap segelas air milo ais, termasuk caj perkhidmatan dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Kedua-dua restoran itu turut perlu menjelaskan mengenai tanda harga 80 sen yang dicaj terhadap segelas air suam.

Serbuan dilakukan berikutan aduan pengguna berhubung harga yang tidak munasabah dikenakan bagi minuman tersebut, kata Yusof Bakar yang juga Penolong Pengarah Kanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor.

"Kedua-dua restoran itu perlu memberi penjelasan berhubung harga itu dengan pecahan kos operasi dan barang yang dijual di premis tersebut.

"Jika penjelasan mereka tidak memuaskan, notis yang sama akan dikeluarkan semula. Mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang jika gagal menjelaskan mengenai perkara itu," katanya selepas satu serbuan di restoran tersebut di Seksyen 13 dekat sini pada Isnin.

Yusof berkata notis tersebut dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 manakala maklumat lain diperlukan dibawah Seksyen 53A Akta yang sama untuk simpanan rekod.

"Kebanyakan pengusaha perniagaan berasaskan makanan dan minuman memberi contoh pelaksanaan GST, kos sewa dan utiliti yang tinggi sebagai alasan mereka mengenakan harga yang tinggi," katanya.

Sejak Januari, Yusof berkata jabatan tersebut mengeluarkan kompaun berjumlah RM1,700 kepada sembilan restoran kerana mengaut keuntungan berlebihan semasa Ops Catut di Selangor.

"Pada tahun lalu, kami menerima sejumlah 5,987 aduan dimana 1,987 daripada berkaitan GST. Sementara itu, bakinya berkaitan industri makanan dan minuman.

"Sebanyak 207 notis dikeluarkan pada tahun lalu dengan 28 kes membabitkan pencatutan.

"Antaranya, lima didakwa di mahkamah, lima dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk didakwa dan 10 lagi masih disiasat," katanya.

KPDNKK , Ops Catut , kopitiam , restoran nasi ayam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis Terima Rasuah RM200 Didenda RM5,000

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?