suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Sumbang RM20,000 Kepada Keluarga Mangsa Kemalangan Maut

Enam sekeluarga maut dalam kemalangan di Jalan Gua Musang-Kota Baru pada Sabtu lalu.

GUA MUSANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyumbang wang tunai RM20,000 kepada keluarga dua mangsa kemalangan maut di Kilometer 25 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Sabtu lepas.

Sumbangan disampaikan Pengerusi Biro Kebajikan Umno Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ketika menziarah rumah keluarga mangsa di Felda Chiku 2 dan Kampung Panggong Lalat di sini Isnin.

Di Felda Chiku 2, Abdul Azeez menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Yasin Husin, 60, bapa kepada Allahyarham Noor Azila Yasin, 27, manakala di Kampung Panggong Lalat, sumbangan disampaikan kepada Adzudin Sulaiman, bapa kepada mangsa yang cedera Mohd Hafiz Adzudin, 27, iaitu suami kepada Noor Azila.

Dalam kemalangan itu, enam sekeluarga, termasuk tiga kanak-kanak, maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori dekat Kampung Rantau Manis di sini.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, pemandu kereta Nur Amira Adzudin, 23, ibunya Mardiah Drani, 48, kakak iparnya Noor Azila, serta tiga anak Noor Azila, Muhammad Hadif Haykal Muhd Hafiz, 18 bulan, serta pasangan kembar Siti Badrishah Ab Rahman dan Siti Noraudah, 4, maut.

Abdul Azeez turut menawarkan kemudahan mengerjakan haji kepada pasangan ibu bapa Noor Azila, Adzudin dan Mohd Hafiz.

Bercakap kepada pemberita, Abdul Azeez berkata pihaknya juga akan membayar upah haji bagi semua enam sekeluarga yang maut itu.

Sementara itu, Yasin terharu dan berterima kasih kepada semua pemimpin termasuk Perdana Menteri yang prihatin dengan nasib yang menimpa keluarganya.

Beliau turut bersyukur dengan kesediaan Abdul Azeez menguruskan mereka menunaikan haji

Saya cukup terharu dengan keprihatinan semua pihak dan memanglah saya bersama isteri telah lama bercadang mengerjakan haji dan bersyukur ia semakin dipermudahkan, katanya.

Mohd Hafiz yang patah lengan kanan dalam kemalangan itu, melahirkan kesyukuran kerana mendapat tawaran menunaikan haji.

"Saya menyifatkan perkara itu sebagai sumbangan yang cukup besar dan saya terima dengan hati terbuka untuk menunaikan haji bersama bapa walaupun ibu meninggal dunia dalam kemalangan itu," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain