suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelancongan Perubatan Berkembang Di Malaysia

PETALING JAYA: Malaysia berada di kedudukan ketiga sebagai destinasi pilihan untuk pelancongan kesihatan di Asia.

Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) bagaimanapun berkata, negara ketiggalan di belakang Thailand dan Singapura dari segi reputasi kualiti yang tinggi mengenai penjagaan kesihatan, kebolehcapaian dan kemampuan.

Ketua Pengawai Eksekutif MHTC, Sherene Azura Ali berkata lebih ramai pelancong perubatan dijangka mendapatkan rawatan di negara ini terutamanya dengan Bajet 2016 yang memperkenalkan insentif seperti e-visa pada pertengahan 2016.

MHTC adalah sebuah badan yang ditubuhkan pada tahun 2009 untuk membangun dan mempromosikan industri pelancongan kesihatan di negara ini.

Ia bekerjasama dengan 68 pembekal perubatan yang mengambil bahagian dari Semenanjung untuk menggalakkan kesedaran global terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia di Malaysia.

Tahun lalu, negara menyaksikan pendapatan berjumlah RM730 juta daripada pelancongan kesihatan.

Antara perkhidmatan yang paling dicari-cari ialah rawatan kardiologi, ortopedik, persenyawaan in-vitro (IVF), neurologi, onkologi, pergigian, pembedahan kosmetik dan pemeriksaan kesihatan.

Artikel Sebelum

"Saya Kian Pulih" - Najib

Artikel Lain