suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Saya Kian Pulih" - Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau kian pulih daripada pembedahan kecil untuk membuang ketumbuhan kecil benigna pada tangan kanannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Sabtu.

Dalam mesej tweet pada Ahad untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yang mendoakan semoga beliau cepat sembuh, Najib berkata: "Saya kian pulih, terima kasih atas ingatan tuan. Jumpa lagi."

Lee, dalam mesej tweet beliau semalam, mendoakan agar Najib segera sembuh dan gembira apabila mendengar bahawa prosedur itu berjaya dijalankan.

HKL dalam kenyataan semalam berkata Najib menjalani pembedahan sebagai pesakit luar, dan telahpun pulang ke kediamannya.

Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain