suria

PM Pesan Menteri Berjimat Anjur Program

PUTRAJAYA: Kurangkan perhiasan dan sambutan penuh kemegahan, namun pastikan program yang dianjurkan memberi kesan kepada rakyat.

Itu adalah teras mesej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada barisan anggota Kabinet pada mesyuarat pertama tahun ini yang dipengerusikannya pada Rabu.

Najib mahu menterinya untuk memastikan bahawa kementerian masing-masing melaksanakan perbelanjaan berhemah berikutan keadaan ekonomi global yang lemah dan tidak menentu.

Beliau memberitahu bahawa kementerian perlu memastikan tiada pembaziran namun perlu meneruskan program untuk rakyat dalam skala yang lebih kecil dan berkesan.

"Beliau mahu melihat kementerian berbelanja dengan bijak dan mengikut keperluan.

"Itulah apa yang ingin saya lakukan dan akan disampaikan mesej Perdana Menteri itu kepada kakitangan.

"Adalah penting agar semua penjawat awam memainkan peranan mereka bagi memastikan bahawa peruntukan yang diberi dibelanjakan dengan bijak," kata seorang menteri.

Beliau berkata Perdana Menteri, bagaimanapun tidak menyentuh mengenai Bajet 2016 berikutan kejatuhan harga minyak.

Mesyuarat selama tiga jam itu menyaksikan semua 36 menteri hadir, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengambil kira keadaan pada tahun 2015, Najib mengingatkan Kabinetnya bahawa tahun ini akan menjadi lebih mencabar.

"Oleh itu kita perlu memastikan rungutan rakyat diselesaikan sebanyak mungkin.

"Walaupun membabitkan isu yang paling kecil, Perdana Menteri mahu ia diuruskan oleh kementerian," kata seorang lagi menteri.

Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain