suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Maut Dilanggar Jentolak Angkut Bauksit

KUANTAN: Seorang pekerja Pelabuhan Kuantan maut selepas dilanggar sebuah jentolak dipercayai membawa tong berisi bauksit dalam kawasan pelabuhan itu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata kejadian berlaku 11 pagi ketika lelaki berusia 20-an itu sedang melintas jalan dalam kawasan pelabuhan itu sebelum dilanggar kenderaan berkenaan.

"Mangsa dipercayai tiba-tiba melintas semasa seorang pekerja lain sedang memandu jentolak itu menyebabkan pemandu terbabit tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama.

Abdul Aziz berkata mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia oleh doktor pada 3 petang tadi.

Katanya kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
kemalangan, jentolak bauksit

Artikel Sebelum

Berakhir Pengalaman Haji

Artikel Berikut

Artikel Lain