suria

Agensi Pelancongan Digesa Tingkat Penggunaan Tren

JOHOR BARU: Agensi pelancongan harus mengambil kesempatan terhadap peningkatan kekerapan perkhidmatan tren Shuttle Tebrau antara Johor Baru dan Singapura bagi memberi manfaat kepada sektor pelancongan di negeri ini.

Exco Johor untuk pelancongan, perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan Datuk Tee Siew Kiong berkata ia merupakan langkah yang baik oleh KTM Bhd untuk meningkatkan frekuensi perjalanan daripada 14 kepada 22 bermula 17 Januari ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor.

Sementara itu perjalanan dari stesen Johor Baru Sentral (JB Sentral) ke stesen Woodlands di Singapura akan bertambah kepada 12 berbanding tujuh perjalanan pada masa ini.

Manakala perjalanan balik (dari Woodlands ke JB Sentral) akan meningkat kepada 10.

Tee mencadangkan agar syarikat-syarikat pelancongan di Johor menyediakan pakej di mana pelancong dari Singapura boleh masuk Johor Baru melalui perkhidmatan tren.

Kemudian katanya mereka boleh menyediakan perkhidmatan bas pelancongan untuk menjemput pelancong di JB Sentral yang terletak di tengah-tengah bandar.

KTM, Shuttle Tebrau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain