suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hentikan Perlombongan Bauksit Demi Isu Kesihatan

PUTRAJAYA: Perlombongan bauksit perlu dihentikan sama sekali jika pencemaran sungai tidak boleh dielakkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata bahawa satu-satunya cara untuk mengelakkan risiko kesihatan dari perlombongan bauksit adalah dengan menghentikannya walaupun kesannya akan berlaku dalam tempoh jangka panjang.

"Adalah baik apabila perlombongan bauksit (di Pahang) telah berhenti selama tiga bulan. Tetapi dalam isu ini, aspek yang paling penting adalah agar sungai-sungai kita tidak tercemar," kata Subramaniam.

Beliau berkata ia adalah sukar bagi pengusaha lombong untuk mengelakkan bahan-bahan lebihan yang dihasilkan daripada aktiviti perlombongan bauksit daripada memasuki sungai.

"Jika sungai tercemar, maka pandangan saya ialah kementerian tidak perlu membenarkan perlombongan bauksit sama sekali," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Pada Rabu, kerajaan telah mengeluarkan arahan penggantungan selama tiga bulan ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang.

Bauksit

Artikel Lain