Kerajaan Pastikan PDRM Terus Cemerlang Melalui Penambahbaikan - TPM - Semasa | mStar

Kerajaan Pastikan PDRM Terus Cemerlang Melalui Penambahbaikan - TPM

Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan perkhidmatan cemerlang Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama ini akan terus diperkukuhkan menerusi usaha-usaha penambahbaikan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata beliau secara peribadi berazam untuk memastikan PDRM terus cemerlang di mata rakyat dan di persada negara ini.

"Pihak kerajaan sentiasa beri keprihatian terhadap perkhidmatan dalam PDRM. Saya tahu ada IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) yang bangunannya daif, IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) dan balai, apatah lagi. Kuarters pun daif," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Sambutan Penubuhan Unit Tindakan Khas (UTK) yang ke-41 di Kompleks Pasukan Simpanan Persekutuan Cheras, di sini Jumaat.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, telah memberi peruntukan untuk menaik taraf IPK, IPD dan kuarters sebagai tanda penghargaan kepada usaha PDRM, sewaktu pembentangan Bajet 2016 Oktober tahun lepas.

"Insya-Allah saya secara peribadi akan pantau pengumuman (berkenaan PDRM) terutama yang tercatat dalam Rancangan Malaysia ke-11 atau Belanjawan (Bajet 2016)," katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau akan memikirkan perkara yang lebih baik untuk PDRM termasuk penambahbaikan beberapa jabatan di bawah PDRM.

"Seperti (yang pernah diumumkan sebelum ini) bahagian trafik akan dijadikan sebagai jabatan sendiri dan ada pengarah sendiri. Tiap-tiap IPK dan IPD ada pegawai lantikan... ini akan beri kenaikan pangkat kepada pegawai dan anggota trafik," katanya.

Ahmad Zahid turut menyatakan komitmen beliau untuk terus membantu semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Saya akan letak dalam KPI (Petunjuk Prestasi Utama) saya. Saya akan bantu supaya prestasi KDN dan jabatan terutama PDRM berada pada tahap yang tinggi," katanya. - BERNAMA

PDRM , Ahmad Zahid Hamidi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain