suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Pendaki Hilang Ditemui Di FRIM

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.

PETALING JAYA: Tiga pendaki berjaya diselamatkan selepas mereka hilang beberapa jam di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada sambutan Tahun Baru.

Leong Mun Kin, 48, Cheah Mee Lan, 45, dan Lim Saw Fong, 37, menghantar isyarat kecemasan selepas beberapa jam berjalan di hutan tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata panggilan kecemasan itu dibuat salah seorang pendaki kira-kira pukul 8.10 pagi.

"Lokasi terakhir mereka berjaya dikesan adalah dekat kawasan air terjun. Walaupun diberikan arah, mereka gagal menemui jalan keluar. Oleh itu kami buat keputusan untuk mencari mereka," katanya.

Mohd Sani berkata pasukan penyelamat berjaya mengesan ketiga-tiga mangsa selepas pencarian selama sejam setengah.

"Kami mengambil masa kira-kira lima minit untuk membawa mereka keluar. Operasi itu dihentikan kira-kira pukul 10.10 pagi," katanya.


pendaki, hilang, FRIM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain