suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Maut, Rakan Cedera Motosikal Rempuh Kereta

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar sebuah institut pertanian di Pulau Pinang maut manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah kereta di Km38.5. Jalan Alor Setar-Butterworth, di sini, malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata dalam kemalangan kira-kira 10.30 malam itu, Syazwan Zaharuddin, 18, maut di tempat kejadian manakala rakannya yang membonceng Mohd Hafizul Mu'izz Mohd Shokri, 18, cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Beliau berkata mayat Syazwan turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Katanya kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta itu dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Gurun, membuat pusingan 'U' menyebabkan motosikal ditunggangi dua pelajar itu dari arah sama gagal mengelak lalu merempuhnya. - BERNAMA

kemalangan, maut

Artikel Berikut

Artikel Lain