suria

Pengawal Keselamatan Warga Nepal Dirempuh Komuter KTM

PETALING JAYA: Pengawal keselamatan warganegara Nepal terbunuh selepas dirempuh keretapi Komuter KTM di Sungai Way di sini pada Selasa.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihak polis diberitahu mengenai kejadian kira-kira pukul 12.35 pagi Selasa berhubung seorang lelaki dirempuh keretapi yang sedang menuju ke arah Subang Jaya.

Mohd Zaini berkata, mangsa dipercayai cuba menggunakan jalan pintas sebelum dirempuh ketika berjalan di atas landasan keretapi.

Katanya lagi, mangsa dirempuh oleh keretapi berkenaan dari arah belakang menyebabkan dia tercampak sejauh lima meter ke hadapan.

Polis turut menemui sebuah beg dan dokumen peribadi mangsa di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes itu dikelasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Lain