suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sembunyi Pati: Pemuda Indonesia Dipenjara Empat Tahun

JOHOR BARU: Seorang pemuda warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Tinggi Johor Baru pada Selasa selepas mengaku bersalah menyembunyikan 30 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang diseludup masuk ke negara ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Sofian Tan Sri Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu setelah Dedi Supriyadi, 20, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu selepas lima saksi warga asing memberi keterangan mengikut Seksyen 396 Kanun Acara Jenayah.

Dedi dituduh mengikut Seksyen 26H Akta Antipemerdangan Orang atau Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pada 1 Julai lepas, tertuduh didapati menyembunyikan 30 orang PATI di Jalan Sawi, Taman Sri Lalang, Kota Tinggi pada 4.30 petang.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Imigresen Noridayu Md Kassim dan tertuduh diwakili peguam Mohd Hazza Khalid. - BERNAMA

Pati, Indonesia

Artikel Berikut

Artikel Lain