suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon Australia Belum Kembalikan Anak Kepada Bekas Pasangan

KUALA LUMPUR: Pelakon Australia Eliza Szonert belum menyerahkan kembali anak lelakinya kepada bekas pasangannya Ashley Crick, walaupun lelaki itu mendapat hak penjagaan penuh terhadap kanak-kanak berkenaan.

Peguam yang mewakili Crick, 43, hari ini berkata berdasarkan perintah sebuah mahkamah Australia yang dikeluarkan pada 24 Dis lepas, anak guamnya yang tinggal di Mont Kiara di sini memperoleh hak penjagaan penuh terhadap kanak-kanak itu.

Peguam M.V. Kumar pada Selasa memberitahu Bernama bahawa perintah itu mewajibkan Szonert, 41, menyerahkan kanak-kanak berkenaan kepada Crick, tetapi wanita itu tidak berbuat demikian.

"Menurut Crick, wanita itu enggan menjawab panggilannya dan ini menjadikan beliau semakin tidak keruan.

"Crick memberitahu saya beliau sedih kerana tidak dapat menyambut Krismas dengan anak lelakinya itu selain ulang tahun kelahirannya yang ketujuh hari ini," kata Kumar.

Peguam itu berkata anak guamnya telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Travers pada Sabtu lepas.

Szonert dilapor melarikan kanak-kanak itu daripada Crick di sebuah pusat beli-belah di sini pada 10 Disember lepas.

Dia ditahan pada 21 Disember selepas Crick membuat laporan polis tetapi dibebaskan pada 23 Disember. - BERNAMA

pelakon Australia, PDRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain