suria

Perpustakaan Perak Pecah Rekod Dunia Piramid Buku Terbesar

IPOH: Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak memecah rekod dunia dengan membina piramid buku terbesar.

Rekod tersebut sebelum ini dipegang oleh kedai buku Ernster di Luxemborg.

Dengan kerjasama Imagika Sdn Bhd, rekod baharu itu berjaya dicatatkan dengan 70,247 buku berbanding rekod terdahulu sebanyak 63,377 buku.

Cubaan untuk memecah rekod dunia itu bermula sejak November lalu di mana semua buku disusun di Stadium Indera Mulia sempena Pesta Buku Bos Gaurus 2015.

Rekod baharu itu diumumkan oleh wakil Guinness Book of Records (GBOR), Anna Orford.

Artikel Lain