suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KKLW Sedia Bangunkan Kawasan Kampung Pinggir Sungai Dengan Projek Ekonomi

Ismail Sabri Yaakob.

BERA: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersedia bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan untuk membangunkan kawasan kampung di pinggir sungai yang berpotensi dimajukan dengan pelbagai projek ekonomi.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara projek yang boleh dibangunkan adalah projek pertanian, projek pelancongan dan ternakan ikan.

"Jika dijalankan secara komersil dan terancang mengunakan pelbagai kaedah dan teknologi moden, ia mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada penduduk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majis bersantai dan penyampaian bantuan kepada penternak ikan sangkar Sungai Pahang di Kampung Kuala Triang, dekat sini Jumaat.

Ismail Sabri berkata, sudah ada di antara kawasan kampung di pinggir sungai di Pahang telah berjaya dibangunkan dengan projek berkenaan sekaligus memberi manfaat kepada penduduk. - Bernama

Artikel Lain