suria

Kerajaan Kelantan Perlu Tambah Pengurus Jenazah - Ahmad Jazlan

Ahmad Jazlan Yaakub

MACHANG: Kerajaan Kelantan digesa supaya menambah jumlah pengurus jenazah yang berkelayakan bagi mempercepatkan pengurusan mayat orang Islam.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata kekurangan pengurus jenazah menyebabkan urusan pengebumian menjadi lambat.

"Ini kerana ada sesetengah kampung tidak mempunyai orang yang berkebolehan untuk menguruskan jenazah hingga terpaksa jemput pengurus jenazah dari kampung lain.

"Malah, ia semakin membimbangkan kerana generasi muda pada masa kini tidak berminat untuk mempelajari fardu kifayah tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus pengurusan jenazah di Masjid Al-Raudah, Banggol Judah di sini, Sabtu.

Pada majlis berkenaan beliau menyampaikan sijil kepada 106 peserta yangmengikuti kursus selama sehari anjuran Pejabat Agama Jajahan Machang.

Ahmad Jazlan yang juga anggota Parlimen Machang berkata setiap kampung perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengurus jenazah lelaki atau perempuan.-Bernama

Pengurus Jenazah, Ahmad Jazlan

Artikel Lain