suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Ranau Petang Jumaat

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter yang berpusat pada kedudukan 6 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur iaitu 11km barat Ranau, dikesan pada pukul 5.54 petang Jumaat.  

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran akibat gempa bumi berkenaan dapat dirasai di daerah Ranau.

Bagaimanapun ia tidak mengakibatkan ancaman tsunami.

Menurut laman sesawang agensi berkenaan juga, gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter turut dikesan di Kalimantan pada kedudukan 3.7 darjah Utara dan 117.8 darjah Timur iaitu 75km di Barat Daya Tawau, Sabah, kira-kira 1 tengah hari ini. -Bernama

Gempa bumi, Ranau

Artikel Lain