suria

Tiga Anggota Geng Samun 'Tiger Loong' Ditahan Di Ampang

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki dipercayai anggota 'Geng Tiger Loong' yang aktif menjalankan kegiatan samun di sekitarAmpang di sini. 

Ketiga-tiga mereka yang berusia lingkungan 30-an ditahan selepas menyamun sebuah premis perniagaan di Kampung Tasik Permai, Ampang, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata mereka ditahan ketika cuba melarikan diri menggunakan kereta. 

"Terdahulu, suspek telah menyamun wang tunai kira-kira RM20,000 di premis itu. Pemeriksaan ke atas mereka membawa kepada penemuan wang tunai dipercayai hasil samun berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.  

Hamzah berkata siasatan awal mendapati kumpulan itu aktif menjalankan kegiatan samun sejak awal September lalu.

"Kami percaya dengan tertangkapnya ketiga-tiga lelaki ini kami berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes samun di sekitar Ampang," kata Hamzah sambil menambah ujian air kencing juga mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika melakukan samun dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebatan dan denda.-Bernama

Tiger Loong, Samun

Artikel Berikut

Artikel Lain