suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Malaysia Digesa Amalkan Nilai-Nilai Murni, Saling Menghormati

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa rakyat Malaysia supaya mengamalkan nilai-nilai murni dan saling menghormati bagi mengukuhkan perpaduan dalam negara ini yang mempunyai penduduk terdiri daripada masyarakat majmuk.

"Penerimaan dan pemahaman tentang kepercayaan, tradisi dan budaya yang berbeza dalam kalangan rakan warga kita adalah lebih diperlukan pada zaman ini memandangkan salah faham yang timbul akibat kejahilan," kata beliau dalam perutusan Hari Krismas.

Justeru, beliau menggesa rakyat Malaysia supaya mengambil peluang untuk meraikan kepelbagaian budaya negara apabila menyambut Krismas pada Jumaat.

"Rakyat Malaysia perlu mengetepikan perbezaan dalam kalangan mereka dan berganding bahu sebagai satu keluarga Malaysia yang bersatu-padu dan menentang sebarang unsur-unsur dalam masyarakat yang tidak memperjuangkan kepelbagaian budaya," kata Menteri Pengangkutan itu.

Sebagai sebuah negara yang menyambut pelbagai perayaan, rakyat Malaysia perlu merebut peluang ini untuk menghargai pelbagai adat resam dan latar belakang yang diamalkan di Malaysia, katanya.

Dalam meraikan sambutan itu, Liow berharap semoga mereka yang memandu dan melakukan perjalanan pada musim cuti ini selamat tiba di destinasi.-Bernama

MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai

Artikel Lain