suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon Australia Bebas Bersyarat

PETALING JAYA: Pelakon Australia Eliza Szonert yang disyaki merampas anaknya yang berusia enam tahun daripada bekas pasangannya dibebaskan daripada tahanan polis.

Pelakon berusia 42 tahun yang pernah membintangi siri Neighbours itu dibebaskan dengan syarat dia dan bekas pasangannya yang juga ahli perniagaan, Ashley Crick mematuhi arahan penjagaan yang ditetapkan mahkamah Australia.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor berkata, mahkamah Australia telah menetapkan ibu bapa kanak-kanak lelaki itu mendapat hak penjagaan yang sama rata.

"Bagaimanapun, insiden terkini menyebabkan keadaan semakin rumit dan timbalan pendakwa raya memutuskan supaya ibu bapa kanak-kanak itu perlu ke kedutaan Australia dan bersetuju mengikut arahan asal," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, budak lelaki itu akan menjalani rawatan kesihatan yang akan diatur pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia dan peguam yang mewakili Szonert serta Crick.

Szonert ditahan pada Isnin selepas merampas anaknya daripada Crick yang juga bapa kepada kanak-kanak itu di sebuah restoran di ibu negara.

Dia mendakwa Crick telah menahan pasportnya dan anaknya serta enggan menyerahkannya semula.

Crick kemudian membuat aduan kepada pihak polis Malaysia, yang sedang menyiasat kejadian melibatkan Eliza yang menggunakan dua lelaki untuk membawa lari anaknya.

Australia, Neighbours, Ashley Crick

Artikel Berikut

Artikel Lain