suria

Tahanan Reman Dua Suspek Disyaki Tetak Isteri 'Datuk' Disambung

IPOH: Tahanan reman terhadap dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes menetak seorang wanita warga emas dengan parang sehingga maut di Taman Lake View, pada 11 Disember lepas, disambung enam hari lagi.


Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping Supt Ismail Che Isa berkata polis masih meneruskan siasatan ke atas kedua-dua lelaki berusia 25 dan 32 tahun yang ditahan reman sejak Jumaat lepas, dan penahanan mereka kini dilanjutkan sehingga Rabu depan.

"Majistret Rosnee Mohd Redzuan membenarkan polis menyambung tahanan reman suspek selama enam hari lagi bermula esok hingga 30 Dis ini bagi melengkapkan kertas siasatan.
"Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Menurutnya, seorang lagi suspek lelaki berusia 57 tahun yang juga ditahan sebelum ini, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.


Dalam kejadian 11 Disember lepas, seorang wanita berusia 68 tahun, dipercayai isteri kedua kepada pesara bergelar 'Datuk' maut selepas ditetak dengan parang di rumahnya pada 7.30 malam.
tahan reman, isteri Datuk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain