suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bunuh Bekas Adun: Polis Terengganu Buru Dua Lelaki

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu kini memburu dua individu, yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Alor Limbat Alias Abdullah, pada Oktober lalu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata polis percaya dengan tertangkapnya dua lelaki itu nanti ia sekaligus dapat menyelesaikan kes terbabit.

"Kita juga sedang giat mengumpul petunjuk baharu bagi memburu suspek yang terlibat dalam kes tembakan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Pada 9 Oktober lalu, Alias, 51, maut ditembak pada jarak dekat di rumahnya di Kampung Alor Limbat Bukit Payong, Marang selepas pulang daripada solat Jumaat.

Sejak November lalu, 10 lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan polis berkaitan kes pembunuhan itu.
Alias Abdullah, kes bunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain