suria

Dua Suspek Ditahan Berkaitan Kes Serangan Timbalan Presiden MIC

S. K. Devamany

KUALA LUMPUR: Polis telah menahan dua suspek yang dikaitkan dengan kes serangan terhadap Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S. K. Devamany di ibu pejabat parti itu Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata kedua-dua suspek itu yang berusia 28 dan 29 tahun ditahan di Jalan Ampang pada pukul 4 pagi Khamis.

"Kesemua mereka kini direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut dan kita akan melakukan kawad cam esok (Jumaat)," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Katanya polis tidak menolak kemungkinan punca Devamany ditumbuk adalah daripada perbalahan dan kekalahan dalam pilihan calon.

Beliau berkata polis sentiasa menyiasat kes itu dengan telus dan siasatan terhadap suspek akan diteruskan bagi mengenalpasti punca mereka menyerang mangsa.

Pada Khamis, Presiden MIC Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menggesa Polis Diraja Malaysia supaya segera menyiasat dalang di sebalik serangan terhadap timbalannya itu.-Bernama

Artikel Lain