suria

Jumlah Kenderaan Ke Arah Utara Di Lebuhraya Plus Meningkat

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) pagi Khamis menunjukkan peningkatan ke arah utara berikutan warga kota mula pulang ke kampung halaman bersempena cuti panjang iaitu Maulidur Rasul hari ini dan Hari Krismas esok.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd berkata jumlah kenderaan bertambah di Rawang Selatan menghala ke kawasan Rehat dan Rawat (R and R) Rawang, Lembah Beringin ke Tanjung Malim dan Slim River ke Sungkai.

Beliau berkata, terdapat sebuah lori terbakar di Km21.7 di lorong kiri dari Kota Damansara ke Bukit Lanjan kira-kira pukul 8.52 pagi.

"Api berjaya dipadam, namun lori itu belum dialihkan dan trafik bergerak perlahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Gombak ke Karak, berdekatan Plaza Tol Gombak turut dilaporkan perlahan.

Orang ramai boleh mengetahui maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
Plus, trafik sesak

Artikel Lain