suria

Bekas Pengetua La Salle Tanjung Aru Meninggal Dunia

Datuk Brother Charles Michael O'Leary
KOTA KINABALU: Bekas pengetua sekolah La Salle Tanjung Aru, Datuk Brother Charles Michael O'Leary meninggal dunia pagi Khamis sejurus selepas menghadiri majlis harian di Gereja Stella Maris di Tanjung Aru di sini.

Beliau berusia 87 tahun.

Tokoh pendidik terkenal ini ditemui mati bersebelahan keretanya kira-kira pukul 8 pagi Khamis.

Beliau dipercayai diserang strok.

Menurut rakannya di La Salle, Brother Peter Foo, Charles hadir ke majlis harian di gereja Stella Maris itu pada pukul 6 pagi dan menjadi orang terakhir meninggalkan majlis kira-kira jam 7.30 pagi.

"Tiada siapa yang melihat dia jatuh berhampiran keretanya. Penghantar surat khabar yang datang kira-kira pukul 8 pagi menemuinya, dan segera memaklumkan kakitangan di gereja," katanya sambil menambah polis telah dipanggil sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk pemeriksaan perubatan.

Sebelum kematiannya, Brother Charles adalah satu-satunya anggota daripada kumpulan perintis La Salle Brothers yang datang ke Borneo pada tahun 1950 yang masih hidup.

Beliau berkhidmat sebagai pengetua di La Salle di sini antara tahun 1969 -1986.

Beliau dihormati apabila menjadi guru kepada tiga Ketua Menteri, dua dari Sabah - Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (kini Timbalan Ketua Menteri) dan Tan Sri Bernard Dompok dan Tun Abdul Taib Mahmud, dari Sarawak, yang kini merupakan Yang Dipertua negeri.

Beliau telah mengajar Tun Taib Mahmud semasa beliau ditugaskan ke sekolah St Joseph di Kuching selama tujuh tahun sebelum datang ke Sabah pada 1960-an.

Bekas Gabenor Sabah Tun Ahmadshah Abdullah juga antara murid-muridnya.

Ramai pelajarnya yang lain telah menjadi orang terkemuka dan pemimpin dalam politik, kerajaan dan perniagaan.

Selepas bersara, beliau terlibat secara aktif dalam Benildus House, di mana pelajar-pelajar dari luar Kota Kinabalu tinggal untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat sekolah menengah.

Brother Foo berkata, tentatif urusan pengebumian akan dibuat selepas Krismas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain