suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M Tonton Star Wars

Gambar yang dikongsi Hasan Hasnan di FB ketika Dr Mahathir (duduk belakang) menonton filem Star Wars di Sunway Pyramid, Rabu.

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berada di Sunway Pyramid petang Rabu teruja melihat kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad, bagaimanapun lebih mengejutkan apabila bekas Perdana Menteri itu sebenarnya meluangkan masa untuk menonton filem Star Wars: The Force Awakens.

Sebaik tiba pada pukul 2.45 petang, Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali terus ke pawagam 3D IMAX di pusat membeli belah itu.

Malahan, pihak pusat membeli belah itu juga terkejut menerima kedatangan negarawan itu kerana tidak dimaklumkan mengenainya lebih awal.

Filem yang dinanti-nantikan ramai itu mula ditayangkan pada pukul 3 petang.

Bagaimanapun, ramai penonton yang tidak ketinggalan mengambil kesempatan untuk bergambar bersama pasangan itu.

Selain itu, ada juga di kalangan netizen yang berkongsi   kenangan manis menonton filem itu bersama Dr Mahathir.


Artikel Lain