suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah Mangsa Letupan Dandang Di Abu Dhabi Dijangka Tiba Awal Pagi Khamis

BESUT: Jenazah jurudandang, Mohd Shukri Sulaiman dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang (KLIA) dari Emiriah Arab Bersatu, awal pagi Khamis.

Mohd Shukri, 45 terbunuh apabila dandang sebuah kilang plastik di Ruwais, Abu Dhabi dalam Emiriah Arab Bersatu meletup pagi Sabtu lepas.

Isteri mangsa Siti Azmahani Mamat, 45, memberitahu jenazah suaminya yang diringi oleh abang iparnya Saria Sulaiman, 52, akan diterbangkan pula ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan dari KLIA.

Katanya jenazah suami akan dibawa ke Kampung Padang Landak, Jerteh sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa kira-kira jam 8.50 pagi esok untuk pengkebumian.

Dalam kejadian pagi Sabtu lepas Mohd Sukri yng baharu pulang bercuti dari kampung ke Abu Dhabi pada 15 Disember dikatakan telah mengganti tugas seorang pekerja lain untuk membuat pemeriksaan dandang kilang itu apabila ia meletup.

Mohd Shukri merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut dan Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu sebelum melanjutkan pengajian ke Politeknik Kulim, meninggalkan seorang balu, seorang anak perempuan dan tiga anak lelaki berumur antara 7 hingga 15 tahun.

Jenazahnya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Alur Selising, Padang Landak dekat sini selepas Zohor esok.--Bernama 


Artikel Sebelum

Artikel Lain