suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Didakwa Curi Milo Di Pasar Raya

KUALA LUMPUR: Tindakan berani tidak bertempat seorang remaja mengosongkan kotak air mineral dan mengisi kotak itu dengan bungkusan milo di sebuah pasar raya membawa padah apabila dia didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Selasa.

Muhammad Habbas Mohamed Jallil, mengaku bersalah mencuri 10 bungkus milo yang kesemuanya bernilai RM359.90 di Pasaraya Tesco Extra Selayang, di sini pada pukul 4.30 petang, 18 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Husna Dzulkifly bagaimanapun belum menjatuhkan hukuman terhadap remaja itu yang merupakan pesalah muda sementara menunggu laporan akhlak siap.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Januari untuk sebutan semula kes.

Mengikut fakta kes, pekerja di pasar raya itu telah ternampak tertuduh bersama dua rakannya dalam keadaan mencurigakan masuk ke dalam pasar raya dengan membawa troli kosong.

Tertuduh pergi ke bahagian air mineral dan mengambil dua kotak air mineral dan mengosongkan kotak itu dengan cara mengeluarkan kesemua botol air mineral.

Kemudian tertuduh telah mengambil 10 bungkus milo dan memasukkan ke dalam kotak kosong tersebut lalu pergi membuat bayaran di kaunter sebelum ditahan oleh pekerja pasar raya itu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa manakala tertuduh diwakili peguam Kee Wei Lon.

Artikel Lain