suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Maut Dilanggar Bas Ketika Cuba Bantu Rakan Maut Dalam Kemalangan

KUALA LUMPUR: Hasrat lima pekerja pembersihan jalan untuk membantu mengalihkan rakan mereka yang maut dilanggar kereta ke tepi jalan, tidak kesampaian apabila mereka turut dilanggar oleh sebuah bas mengakibatkan seorang daripada mereka meninggal dunia.   

Dalam kejadian di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban pagi Selasa, empat daripada pekerja itu cedera parah.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata, dalam kejadian pertama yang berlaku kira-kira 6.15 pagi itu, pekerja pembersih jalan, R. Veeraiyan, 45, maut dilanggar sebuah kereta yang dipandu dari arah bandar raya menghala ke tol Sungai Besi itu.

"Lima rakan sekerja mangsa kemudiannya mendapatkan mangsa untuk membawanya ke tepi jalan, namun sebuah bas merempuh mereka," katanya ketika dihubungi Bernama, Selasa.

Seorang lagi pekerja yang terbunuh itu ialah R.Chinnaiyan, 45 tahun. 

Empat mangsa lagi yang cedera parah itu kini dirawat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala dua yang maut dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Artikel Lain