suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat MAS MH742 Ke Yangon Berpatah Balik Ke KLIA

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH742 yang berlepas ke Yangon, Myanmar terpaksa berpatah balik dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.45 petang Ahad.

MAS dalam satu kenyataan kepada The Star berkata: "Penerbangan Malaysia MH742 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 1.59 petang ke Yangon terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur dan selamat mendarat di KLIA pada pukul 3.45 petang hari ini."

Menurut MAS, ia sedang menyiasat insiden berkenaan dan akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja siasatan selesai.

Penerbangan yang menggunakan pesawat Boeing 737-800 itu sepatutnya dijadualkan tiba di Yangon pada pukul 3.05 petang.


MAS, Penerbangan Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Lain