suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dr M Bersikap Terbuka Mengenai Kerjasama Umno-PAS

Najib dan Abdul Hadi berkongsi pentas dalam persidangan mengenai perpaduan Islam di Kuala Lumpur pada Khamis.

PUTRAJAYA: Kerjasama politik yang berpotensi terjalin antara Umno dan PAS tidak membimbangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, apa yang membimbangkan beliau adalah kepimpinan parti itu pada ketika ini.

Ketika diminta mengulas mengenai pertemuan antara Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dr Mahathir sebaliknya memilih untuk mengkritik kepimpinan Najib.

"Kita akan menyukainya apabila terdapat kerjasama antara Umno dan PAS tetapi masalah sekarang adalah kepimpinan Najib," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Serantau Muslim Pelbagai Kaum anjuran Perkim.

Najib berkongsi pentas yang sama dengan presiden PAS dalam satu persidangan mengenai perpaduan Islam di Kuala Lumpur pada Khamis.

Presiden Umno itu duduk bersebelahan dengan Abdul Hadi pada majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di ibu negara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Urusniaga JPJ Ditutup Lima Hari

Artikel Lain