suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1MDB: Arul Beri Keterangan, Media Tidak Dibenar Masuki Parlimen

Arul Kanda Kandasamy.

KUALA LUMPUR: Kakitangan Parlimen tidak membenarkan petugas media memasuki perkarangan bangunan itu ketika Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sedang mendapatkan keterangan daripada Arul Kanda Kandasamy.

Wartawan yang tiba di bangunan Parlimen di sini seawal pukul 8 pagi untuk membuat liputan sesi PAC bersama presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dimaklumkan pengawal bahawa mereka menerima arahan untuk tidak membenarkan mana-mana media memasuki premis tersebut pada Jumaat.

Setakat pukul 8.40 pagi, salah seorang kakitangan Parlimen berkata tidak kurang daripada tujuh kereta yang dinaiki wartawan sudah beredar.

Seorang pegawai yang terlibat dalam PAC pada Jumaat mengesahkan media tidak dibenarkan untuk membuat liputan sesi tersebut.

Namun, katanya, pengamal media boleh menunggu di luar pagar bangunan itu.

Beberapa pemberita sudah berada di luar pagar sejak pukul 8.45 pagi.

1MDB, Arul Kanda Kandasamy, PAC

Artikel Sebelum

Urusniaga JPJ Ditutup Lima Hari

Artikel Berikut

Artikel Lain