suria

Nor Alam Khan Dilantik CEO Baharu Esscom

Nor Alam Khan.

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Nor Alam Khan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang baharu.

Nor Alam akan mengambil alih jawatan Ruji Ubi yang dilantik sebagai Pegawai Pembangunan Negeri Sabah.

Perlantikan itu dibuat semasa laporan mengenai Komander Esscom, Datuk Abdul Rashid Harun akan mengambil alih jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah pada akhir bulan ini.

Esscom dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, Ruji akan mengambil alih jawatan dari Datuk Matussin Sunsang yang dijangka bersara pada awal Januari depan.

Ruji menerima surat perlantikan daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa pada 15 Disember lalu.

Ruji menjadikan ketua eksekutif Esscom sebagai sebahagian daripada penstrukturan badan yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pasukan keselamatan Malaysia dalam mengawal pantai timur Sabah.

Esscom ditubuhkan pada 1 April 2013 susulan insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang dikatakan pengikut Sultan Sulu pada Februari 2013.


Esscom, Nor Alam Khan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain