suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tunjukkan Islam Agama Keamanan Untuk Hapus Islamophobia - TPM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya Islamophobia dihapuskan daripada fikiran orang bukan Islam supaya mereka tidak mempunyai persepsi negatif terhadap Islam, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Islam tidak pernah mengajar orang ramai untuk membunuh atau menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS).

"Islam tidak mengajar kita untuk membunuh orang lain.

"Masalahnya adalah, sebahagian daripada mereka yang dipanggil 'hard-core' telah menimbulkan persepsi negatif terhadap Islam dan produk halal.

"Kita perlu bekerjasama dengan agama lain untuk berkongsi produk dan perkhidmatan halal," kata beliau dalam ucapan perasmian sebelum melancarkan Persidangan Halal Institut Piawaian dan Metrologi Bagi Negara-negara Islam (SMIIC)  2015 di Hotel Istana, Jalan Raja Chulan di sini Isnin.

Dr Ahmad Zahid menggesa para peserta melangkah ke hadapan dan menunjukkan kepada dunia bahawa Islam sebenarnya adalah agama keamanan dan umat Islam sekalian adalah sederhana.

Artikel Berikut

Artikel Lain