suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Penerbangan Dilencong, 19 Ditunda Berikutan Cuaca Buruk Di KLIA, KLIA2

PUTRAJAYA: Empat penerbangan yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpaksa dilencongkan ke dua destinasi lain berikutan cuaca buruk Ahad.

Selain itu, 12 penerbangan ketibaan dan tujuh penerbangan pelepasan ditunda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Jurucakap Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) berkata dua penerbangan yang sepatutnya mendarat di KLIA dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan dua lagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

"Selain itu, satu lagi penerbangan dari Pulau Pinang terpaksa berpatah balik," katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, jurucakap itu berkata beliau tiada maklumat mengenai penerbangan yang ditunda di klia2. 

Artikel Lain