suria

Keputusan PT3: Sekolah Di Selangor Diberi Kelonggaran

- Gambar hiasan
PETALING JAYA: Sekolah-sekolah di Selangor boleh membuat keputusan sama ada mahu mengeluarkan keputusan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada Isnin (14 Disember) atau hari berikutnya.

Pada Ahad, Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa budi bicara ini hanya diberikan untuk sekolah-sekolah di Selangor kerana kerajaan negeri mengisytiharkan Isnin sebagai cuti umum selepas pasukan bola sepaknya menang Piala Malaysia.

Jika sekolah ditutup pada Isnin, pelajar boleh mengambil keputusan mereka pada hari berikutnya.

Seramai 82,160 pelajar menduduki peperiksaan PT3 di Selangor pada bulan Oktober.

Pelajar-pelajar dari negeri-negeri lain tidak terjejas dan mereka boleh mendapatkan keputusan PT3 mereka di sekolah pada Isnin.

SElangor mengalahkan Kedah 2-0 untuk memenangi Piala Malaysia kali ke-33 di Stadium Shah Alam di sini malam Sabtu.

Artikel Lain