suria

Peruntukan 40 Peratus Projek Pembangunan Di Johor Masih Untuk Bumiputera

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor akan terus mengekalkan dasar bahawa 40 peratus daripada semua projek pembangunan mesti diperuntukkan untuk bumiputera.

Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keperluan Johor adalah yang tertinggi di negara ini memandangkan negeri ini prihatin terhadap pemilikan rumah Bumiputera terutamanya di kawasan bandar.


"Kami juga menawarkan rumah mampu milik pada harga RM150,000 sebuah berbanding dengan negeri-negeri lain termasuk Selangor RM200,000 manakala Pulau Pinang tiada tawaran.

"Rumah kita juga berharga lebih murah dari rumah yang dibina oleh Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang menelan belanja RM200,000," katanya pada majlis pecah tanah projek pembangunan di Teluk Permata di Pasir Gudang di sini Ahad.

Artikel Lain