suria

Mohamed Rafe Dilantik CEO CIMB Islamic Bank

Mohamed Rafe Mohamed Haneef.

KUALA LUMPUR: CIMB Group melantik Mohamed Rafe Mohamed Haneef sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif CIMB Islamic Bank Bhd berkuatkuasa 4 Januari 2016.

Beliau juga dilantik sebagai CEO Bahagian Perbankan Islam Kumpulan berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

"Mohamed Rafe merupakan pengurus bank Islam sejak 15 tahun lepas dan berkhidmat dalam pelbagai pusat kewangan di seluruh dunia.

"Beliau adalah ketua yang terbukti dengan pemahaman mendalam mengenai perbankan Islam," kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tengku Zafrul berkata beliau yakin Mohamed Rafe akan membawa nilai yang hebat sebagai seorang yang menerajui satu daripada tonggak perniagaan utama CIMB Group.

"Saya menanti bagi bekerja rapat dengan beliau untuk menggerakkan rancangan yang akan mengukuhkan lagi kedudukan CIMB Islamic dalam arena perbankan Islam global," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain