suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

112 Ditahan Dalam Satu Siri Serbuan Perjudian Haram

PASIR GUDANG: Polis menahan 112 individu yang terlibat dalam aktiviti perjudian haram melalui beberapa siri serbuan di sekitar Seri Alam di sini.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Abdul Samad Salleh pada Isnin berkata seramai 11 pekerja dan 101 penjudi ditangkap ketika operasi dijalankan antara 1 Disember dan 12 Disember.

"Para pekerja dan penjudi yang ditahan berusia antara 19 tahun dan 63 tahun, sedang disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di sini pada Isnin.

Abdul Samad berkata, polis berjaya merampas wang tunai bernilai kira-kira RM8,509 bersama-sama dengan sejumlah 246 komputer riba dan empat tablet pintar yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain