suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAU 2015: Ku Nan Perjelas Sebab Dua Wartawan Diusir

Tengku Adnan Tengku Mansor.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dua wartawan portal berita diusir dari Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 kerana melaporkan "berita palsu".

Setiausaha agung Umno berkata, beliau menyedari bahawa wartawan dari dua portal berita itu diminta untuk beredar.

"Kita telah meminta mereka untuk datang kembali dan membuat liputan.

"Masalahnya ialah salah seorang daripada mereka melaporkan mengenai perkara berhubung satu penyata kewangan yang merupakan sesuatu tidak wajar.

"Mereka mencuri dokumen itu. Mereka sepatutnya periksa dengan kita terlebih dahulu," katanya.

Beliau menambah, wartawan berkenaan dibenarkan masuk tetap perlu beretika dalam membuat laporan berita.

"Kenapa anda hendak memutarbelitkan maklumat yang tidak tepat? Hanya bercakap separuh yang benar. Sila sedar yang kita tahu apa yang kita lakukan," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, menerbitkan buku dengan mesej untuk disampaikan kepada para perwakilan bertentangan dengan sistem parti.

"Kita ada sistem. Bagaimana anda dengan senang buat perkara ini?"

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sebuah buku yang diterbitkan dengan tajuk "I am not a traitor" (Saya bukan pengkhianat) yang menceritakan tentang sisi timbalan presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ditanya mengenai buku yang diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang bertajuk "Kebangkitan Baju Merah", Tengku Adnan berkata, ia tidak bermakna kerajaan menyokong perhimpunan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain