suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ERL: Kad Siswa 1Malaysia Dapat Diskaun 30 Peratus

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 30 peratus kepada pemegang Kad Siswa 1Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Express Link Rail (ERL).

Turut akan menikmati potongan harga tersebut adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas.

Perkara tersebut diumumkan Najib semasa menyampaikan ucapan penggulungan Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Pemberian diskaun itu diumumkan selepas keputusan kerajaan menaikkan caj perkhidmatan sebanyak RM20 iaitu daripada RM35 kepada RM55 berkuatkuasa 1 Januari tahun depan mendapat kritikan pelbagai pihak.

Kadar kenaikan itu disifatkan sebagai tidak munasabah dan tindakan tidak masuk akal.





Artikel Lain