Umno Terengganu Sedia Mulakan Kerjasama Dengan PAS - Semasa | mStar

Umno Terengganu Sedia Mulakan Kerjasama Dengan PAS

KUALA LUMPUR: Umno Terengganu sedia menjadi perintis bagi membentuk kerjasama dengan PAS demi kepentigan orang Melayu dan Islam.

Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Din Adam berkata, PAS tidak seharusnya dilihat sebagai musuh dalam politik kerana parti itu mempunyai asas perjuangan yang sama dengan Umno.

"Usaha yang kita nak gerakkan (kerjasama) dengan PAS adalah satu usaha murni.

"Jangan pandang PAS sebagai musuh utama kita. Kita kena lihat musuh utama adalah DAP sebab PAS adalah orang seagama dan sebangsa dengan kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2015 di sini, Jumaat.

Pada Khamis, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.

Najib, yang juga perdana menteri melahirkan rasa gembiranya kerana PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas "disepak dan diterajang keluar" oleh rakan-rakan pembangkangnya.

Sehubungan itu Din berkata, jalinan kerjasama dengan PAS seharusnya dimulakan di peringkat akar umbi.

"Tidak mustahil kalau kaedah yang baik dilaksanakan di peringkat akar umbi...insyaAllah di Terengganu orang yang sokong PAS itu akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

"Kita kena digerakkan...keterbukaan melalui media sosial. DAP menggunakan blog dan portal mereka untuk serang watak kepimpinan kita.

"Kita kena pertahankan presiden yang perjuangkan agama, bangsa dan negara," katanya.

Umno , PAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain