suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Di Malaysia Hanya Ada Dua Pilihan, Umno Atau DAP - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak. -fotoTHESTAR

KUALA LUMPUR: Orang Melayu dan ahli Umno perlu berhati-hati dengan sistem dua parti dan tidak terjerat dengan perangkap itu, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.


Beliau berkata, realiti politik di Malaysia hari ini adalah, rakyat hanya mempunyai dua pilihan iaitu kerajaan campuran yang dipimpin oleh Umno atau parti gabungan yang akan dikuasai oleh DAP.

"Maksud saya, jika Umno ditolak, negara ini akan diperintah oleh mereka yang menentang perjuangan Islam dan yang menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera.

"Malapetaka akan menimpa kita. Adakah kita mahu masa depan anak cucu kita dan agama Islam dilepaskan kepada pihak lain  selain kepimpinan Melayu dan Islam yang sedia ada. Nauzubillah," katanya dalam ucapan pada perhimpunan Agung Umno.

Mensasarkan parti DAP dalam ucapannya, Presiden Umno berkata DAP tidak pernah setia kepada rakan-rakan dan kini cuba untuk 'mengawal' parti-parti lain dalam pakatan pembangkang.

Artikel Lain