suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kertas Siasatan Terhadap Muhyiddin Diserah Kepada Lembaga Disiplin Parti

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
KUALA LUMPUR: Umno telah mengemukakan kertas siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapan menentang presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perhimpunan di Kuala Lumpur menjelang Perhimpunan Agung Umno.

"Saya telah menghantar kertas siasatan kepada lembaga disiplin. Sekarang kita tunggu," kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada pemberita selepas ucapan presiden, Khamis.


Penyokong Muhyiddin telah mengadakan acara itu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada Isnin selepas timbalan presiden Umno menjangkakan bahawa beliau tidak dibenarkan berucap di perhimpunan yang bermula pada Rabu.

Kritikan terbuka Muhyiddin terhadap pemimpin nombor 1 parti itu ketika berucap menyebabkan ramai pemimpin Umno kecewa dan menganggap tindakan beliau sebagai melanggar disiplin parti.


Tengku Adnan, dalam ucapan alu-aluannya pada majlis perasmian perhimpunan agung semalam berkata, Umno kini mempunyai 3.53 juta ahli.

Parti itu mempunyai 21,502 cawangan di seluruh negara dan Sabah mempunyai keahlian tertinggi iaitu 54,770.

Beliau berkata Batu Putih Darat di Libaran, Sabah, merupakan cawangan yang mempunyai jumlah keahlian baharu paling tinggi iaitu 2,051 dan peningkatan jumlah keahlian baharu di cawangan itu telah menjadikan Silam sebagai Umno bahagian dengan ahli yang paling ramai 50,343.


"Perhimpunan Agung tahun ini juga dihadiri oleh 119 perwakilan asing yang mewakili 33 parti dari 21 negara," kata Tengku Adnan.

Artikel Lain