suria

Sampin KJ Jadi Ikutan

KUALA LUMPUR: Sampin logo Umno yang pernah digayakan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin menjadi ikutan ramai kerana mahu tampil bergaya sepertinya pada perhimpunan tahunan parti itu kali ini.

Pengusaha Jj Tradisional M. Nazri Warnela, 31 berkata, beliau tidak melepaskan peluang untuk menjual sampin yang dipelopori Menteri Belia dan Sukan itu kali ini.

"Sampin ini jadi trend baharu dan ikutan ramai selepas Khairy Jamaluddin mula pakai.

"Dengan adanya logo Umno, ia menarik bagi yang ingin tampil bergaya dengan sampin sebegini," katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Ujarnya, sambutan untuk sampin logo Umno yang ditawarkan pada harga RM95 sehelai itu mendapat sambutan ramai.

Walaupun begitu, menurut M.Nazri keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu dengan kenaikan harga barangan nyata memberi kesan kepadanya.

"Sangat terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang dengan semua barang makin naik.

"Persaingan dalam perniagaan juga semakin lama makin bertambah," ujarnya yang mula berniaga pada Perhimpunan Agung Umno sejak 1997.

Jj Tradisional telah beroperasi selama 25 tahun di Ampang dekat sini turut menawarkan harga runtuh sampin bermula dari RM25 sehingga esok.

Umno, Khairy Jamaluddin, sampin, PAU 2015

Artikel Lain